Sunday, January 25, 2009

Pertandingan pertama bagi tahun 2009


Hari ini, 25 Januari 2009, Kelab Pemain Golf Putrajaya telah menganjurkan pertandingan pertama untuk tahun 2009. Presidennya yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Abd Samad menyatakan bahawa akan ada lebih banyak lagi pertandingan yang akan diadakan di dalam tahun ini. Dalam ucapan beliau juga disebut bahawa sebagai ahli-ahli kelab ini akan mendapat keistimewaan dan kadar khas apabila bermain di Bukit Unggul Country Club. Keistimewaan ini adalah lebih baik daripada kadar yang ditawarkan kepada ahli-ahli dalam kalangan kakitangan kerajaan dan diharapkan dapat menjadi tarikan kepada penduduk Putrajaya untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kelab ini. Tee-off telah bermula pada pukul 1.30 petang dan disempurnakan dengan majlis makan malam dan acara penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

6 comments:

  1. hi bro... tahniah kerana wujudkan blog ni. any way tahniah kat dato khairuddin and kekawan yang bantu beliau jayakan tournament tu. kami kekawan media pun nak ucap terima kasih kerana bagi ruang kat kita orang joint the game. memang bestlah. jarang dalam dunia golf ada sifat kekeluargaan macam ni. at least semua orang dapat buah tangan masa penyampaian hadiah. saya harap akan dapat buat yang lebih baik di masa akan datang dan kelab golffers putrajaya bukan saja di kenali sebagai kelab eksklusif dan untuk golongan orang berada tetapi kita jadikan sebagai satu kelab yang mempunyai ciri-ciri beramal untuk bantu mereka yang memerlukan. Harapan saya nanti kita akan ada golf course kat putrajaya. teruskan perjuangan dato khairuddin serta tahniah dan terima kasih kepada tun kerana berjaya memikul tanggungjawab anjurkan pertandingan lalu.... Lastly saya nak sampaikan kat tun... ada dua tun yang saya hormat kat putrajaya 1) tun dr mahathir 2) tun faisal

    ReplyDelete
  2. heh heh heh, mcm kenal je komen tu yek.. :) betullah tu, mana ada lebih daripada 2 tun kat putrajaya ni pun.. apa2pun jgn lupa Futsal Tertutup Putrajaya Piala DS Tengku Adnan di Kompleks Kejiranan Cyberjaya, 8 Februari 2009, ppukul 830 pagi - 930 malam. Marilah sama2 kita meramaikannya

    ReplyDelete
  3. salam kepada kekawan yang baca blog ni.. kita ni nak beri komen sikit. blog ni o.k tapi kurang menarik. kita nak cadangkan kalau boleh pengendali blog ni buat satu section dimana pembaca blog akan dapat faedah sampingan. antaranya boleh linkkan dengan laman web kedai-kedai golf seperti transview, pan west dan sebagainya. dengan adanya link itu, orang yang masuk laman web ni dapat tengok apa barangan yang ada dan bentuk promosi yang sedang di buat. jadi kekawan dapat manfaat. lagi satu masukkan apa saja iklan berkenaan golf secara percuma contoh seperti ssg golf membership dsb. kalau adanya ruang blog seperti itu, kawan yakin ia akan dapat menarik ramai peminat golf untuk melayari laman web ini. kawan rasa, ybhg tun kenal siapa kawan yang tulis cadangan ini.. kalau tun mengenali kawan, hubungi lah kawan, kawan sedia membantu. ikhlas dari kawan h/cap 24..putrajaya

    ReplyDelete
  4. ada seperkara lagi kawan lupa nak sebut, d.khairuddin dan tun hari tu declare h/cap 15 masa tournament. sebab result hari tu terlampau jauh dengan h/cap yang di catat jadi mintak pihak bertanggungjawab tolong potong h/cap kedua-dua pemain.

    ReplyDelete
  5. heh heh heh, cadangan yang di atas tu semuanya boleh diterima kecuali pasal potong h/cap.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya, camna nak masuk jadi ahli kelab pemain golf putrajaya. boleh tak postkan borang masuk kat blog ini, so we can print

    ReplyDelete