Sunday, February 8, 2009

Mesyuarat Agung Pertama


Mesyuarat Agung Kelab Pemain Golf Putrajaya akan diadakan pada hari Sabtu 21 Februari 2009, jam 11 pagi bertempat di Bukit Unggul Country Club. Makan tengahari disediakan. Kelayakan untuk menjadi ahli adalah bermastautin di Putrajaya atau berkhidmat di Putrajaya, tanpa mengira sektor. Mohon dihebahkan kepada rakan-rakan.

Sunday, January 25, 2009

Pertandingan pertama bagi tahun 2009


Hari ini, 25 Januari 2009, Kelab Pemain Golf Putrajaya telah menganjurkan pertandingan pertama untuk tahun 2009. Presidennya yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Abd Samad menyatakan bahawa akan ada lebih banyak lagi pertandingan yang akan diadakan di dalam tahun ini. Dalam ucapan beliau juga disebut bahawa sebagai ahli-ahli kelab ini akan mendapat keistimewaan dan kadar khas apabila bermain di Bukit Unggul Country Club. Keistimewaan ini adalah lebih baik daripada kadar yang ditawarkan kepada ahli-ahli dalam kalangan kakitangan kerajaan dan diharapkan dapat menjadi tarikan kepada penduduk Putrajaya untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kelab ini. Tee-off telah bermula pada pukul 1.30 petang dan disempurnakan dengan majlis makan malam dan acara penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.